Tajuk : Ketua Ikhwanul Muslimin dipenjara seumur hidup
Link Artikel/Video : Ketua Ikhwanul Muslimin dipenjara seumur hidup
Ketua Ikhwanul Muslimin dipenjara seumur hidup
GAMBAR fail, Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie melaungkan slogan terhadap Menteri Dalam Negeri di belakang jaringan besi di sebuah mahkamah di pinggiran Kaherah, Mesir. - Foto Reuters
KAHERAH: Ketua Ikhwanul Muslimin Mesir dan beberapa pemimpin lain kumpulan diharamkan itu dihukum penjara seumur hidup, hari ini, kata sumber kehakiman atas beberapa tuduhan menghasut pembunuhan dan keganasan, ketika tunjuk perasaan lima tahun lalu.
Hukuman itu adalah yang terbaharu daripada banyak perbicaraan terhadap Mohamed Badie dan beberapa pemimpin kanan parti itu yang memerintah Mesir, sebelum tentera menggulingkan Presiden pro Islam, Mohamed Morsi susulan tunjuk perasaan besar-besaran.
Beberapa sumber itu memaklumkan Reuters bahawa Mahkamah Jenayah Giza menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada beberapa pemimpin kanan kumpulan terbabit termasuk Badie, jurucakap kumpulan, Essam al-Erian dan ahli kanan, Mohamed El-Beltagy
Agensi berita rasmi MENA berkata, seorang lagi defendan dipenjara 15 tahun dan tiga yang lain dipenjara 10 tahun.
Badie dan beberapa defendan disabitkan menghasut keganasan pada 15 Julai 2013 termasuk pembunuhan lima penunjuk perasaan dan mencederakan 100 mangsa, ketika tunjuk perasaan di al-Bahr al-Azim di Giza. - Reuters
Sumber BH