Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang

Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang
Link Artikel/Video : Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang

Baca juga


Mayat bayi lelaki ditanam di belakang gudang

 Kesan tanah yang menjadi tempat mayat bayi ditanam ditemui oleh Jafmi Mohd hari ini manakala gambar kecil bawah adalah jasad bayi berkenaan.

DUNGUN - Kecurigaan seorang pemuda terhadap kesan tanah yang baru ditimbus di kawasan belukar berhampiran sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Santong dekat sini hari ini membongkar perbuatan kejam menanam mayat bayi dipercayai baru dilahirkan.

Mayat bayi lelaki tersebut ditemui selepas Jafmi Mohd., 32, nekad menggali semula kawasan tersebut yang terletak berhampiran gudang penyimpanan barang milik kakaknya pada pukul 7.30 pagi.

Jafmi berkata, pada mulanya, dia terjumpa dengan sebuah beg sukan yang mempunyai kesan tanah sewaktu membuat pemeriksaan kehadiran pekerja di gudang milik kakaknya tersebut.

"Sebaik saya tiba, pengawal keselamatan yang sepatutnya bertugas tiada manakala pintu hadapan gudang juga berkunci. Saya kemudiannya berjalan di belakang gudang yang merupakan kawasan belukar untuk memasuki premis itu menerusi pintu belakang sebelum ternampak dengan beg sukan yang mencurigakan terbabit.

"Saya juga curiga apabila melihat kesan tanah baru ditimbus berhampiran lokasi penemuan beg sukan itu sebelum memasuki gudang dari pintu belakang yang tidak berkunci untuk mengambil cangkul bagi menggali tanah berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jafmi berkata, dia kemudiannya menemui mayat bayi lelaki yang dibungkus di dalam beg plastik biru selepas menggali tanah terbabit sedalam kira-kira 0.3 meter.

Sumber - K! ONLINE