Tajuk : MB saran Halimah letak jawatan
Link Artikel/Video : MB saran Halimah letak jawatan
MB saran Halimah letak jawatan
Ia ekoran kedudukan Dr Halimah kini sebagai calon pembangkang bagi PRK berkenaan sedangkan PPAS adalah sebuah perbadanan yang berada di bawah kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, beliau melihat kewajaran itu meskipun kedudukan Dr. Halimah dan status jawatan dalam GLC kerajaan negeri masih belum sempat dibincangkan pihaknya.
Bagaimanapun, kata Amirudin, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan dalam masa terdekat.
"Secara moralnya, dia kena undur diri,"katanya ditemui selepas menyempurnakan perasmian Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019, di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penolong Setiausaha, Pemuda PKR (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman yang menempelak Dr Halimah yang didakwa menunjukkan sikap tidak berintegriti apabila kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah PPAS tetapi pada masa sama menjadi calon pembangkang untuk PRK Seri Setia.
Syed Badli turut menggesa Dr Haliman meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah kerana memilih jalan menentang kerajaan sedia ada.
Pengerusi lembaga pengarah PPAS, Nik Nazmi Nik Ahmad turut didesak untuk memecat Dr Halimah.
Sumber SH