Tajuk : Negara akan muflis, ini kata Najib
Link Artikel/Video : Negara akan muflis, ini kata Najib
Negara akan muflis, ini kata Najib
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa negara ini akan muflis hanya dengan membayar faedah hutang negara.
Menurutnya, angka hutang negara mencecah RM1 trilion rekaan PH itu tidak mengikut piawaian antarabangsa.
“Definisi hutang RM1 trilion tak ikut piawaian antarabangsa cuma PH sahaja satu-satunya kerajaan di dunia yang membuat definisi tersebut
“Bukan sahaja itu satu penipuan tetapi adalah kenyataan palsu yang tidak akan membantu ekonomi negara ini dan meraih keyakinan pelabur.
“Siapa yang nak melabur di negara yang akan bankrap hanya kerana membayar faedah sahaja?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, semasa membentangkan perkembangan Janji 100 hari yang terkandung dalam manifesto PRU14, Tun Mahathir berkata kerajaan hari ini menanggung beban besar yang ditinggalkan BN di mana dengan hanya membayar faedah sahaja negara boleh muflis.
Dalam pada itu, Najib berkata Tabung Rizab Antarabangsa (IMF) meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-87 bagi senarai 180 negara manakala rujukan CIA (CIA Factbook) meletakkan negara ini pada tempat ke-90 bagi negara yang mempunyai hutang yang tinggi.
“PH telah pun akui bahawa hutang sebenar kerajaan adalah pada 50.8 peratus selari dengan apa yang diumumkan BN sebelum ini, tetapi jika kita ambil angka ciptaan kerajaan PH iaitu RM1 trilion atau 80.3 peratus berbanding KDNK sekalipun, Malaysia masih lagi berada di kedudukan yang baik berbanding negara lain di dunia.
“Sebab itu, Malaysia menerima penarafan kredit A daripada agensi penarafan antarabangsa pada 2017 dan biarpun PH mendakwa hutang negara adalah RM1 trilion, penarafan kredit negara ini masih lagi dikekalkan pada gred A,” katanya.
Katanya, kerajaan sepatutnya meletakkan perhatian yang lebih untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, terus mewujudkan peluang pekerjaan dan berhenti menggunakan angka atau membuat kenyataan palsu hanya untuk memburukkan kerajaan lalu yang sekaligus akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara ini.
Sumber SH