Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing

Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing
Link Artikel/Video : Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing

Baca juga


Pasangan kahwin lari dibogel, dipukul, dipaksa minum air kencing

DUA wanita turut melihat pasangan itu diseksa di perkampungan mereka. - AGENSI

MADHYA PRADESH, India – Sepasang suami isteri muda yang berkahwin tanpa persetujuan keluarga bukan sahaja dibogel, dibelasah malah dipaksa minum air kencing baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 23 tahun itu diikat pada sebatang tiang, manakala isterinya, 21, pula dibogelkan separuh badan sebelum dipaksa minum air kencing di sebuah perkampungan di Alirajpur di sini.

Pasangan itu yang membesar dan tinggal di perkampungan sama dipercayai mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga perempuan pada Mei lalu.

Berikutan perkahwinan tanpa izin itu, pasangan tersebut diculik dan dihukum kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.

Menurut beberapa akhbar tempatan, pengantin lelaki cuba meredakan keadaan dengan menyerahkan dowri (hantaran perkahwinan) berupa dua ekor kambing dan wang tunai 70,000 rupee (RM4,170), namun keluarga perempuan menyifatkan pemberian itu tidak memadai.

“Beberapa ahli keluarga perempuan itu mendakwa mereka terpaksa bertindak kejam untuk membalas dendam terhadap pasangan itu yang telah menjatuhkan maruah keluarga mereka,” kata seorang pegawai polis tempatan, Vikas Kapis.

Bagaimanapun, pasangan itu telah membuat laporan polis terhadap bapa wanita, dua bapa saudaranya dan tiga individu yang tidak diketahui tali persaudaraan mereka. – AGENSI

Sumber Kosmo