Tajuk : Pegawai MAHB ditahan SPRM
Link Artikel/Video : Pegawai MAHB ditahan SPRM
Pegawai MAHB ditahan SPRM
SEORANG pegawai Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) berusia 50an dibawa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Georgetown. - Foto Danial Saad
GEORGETOWN: Seorang Pegawai Eksekutif Komersial Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) direman lima hari hingga Sabtu ini kerana disyaki menerima rasuah bagi menyokong atau mencadangkan sewaan tapak perniagaan di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, di sini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Muhammad Azam Md Eusoff, di Mahkamah Majistret sini, hari ini, bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata Pegawai Eksekutif Komersial MAHB itu disyaki menerima suapan antara RM500 hingga RM2,000 bagi setiap kelulusan tapak sewaan berkenaan.
Katanya, suspek berusia 59 tahun itu ditahan di Pejabat MAHB di Bayan Lepas, dekat sini, pada jam 2.20 petang, semalam.
“Suspek dipercayai menerima suapan terbabit sebagai balasan untuk menyokong atau mencadangkan sewaan tapak perniagaan sebuah syarikat di kawasan ruang legar LTAPP,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.
Sumber BH