Temui cinta sejati di kuliah agama

Temui cinta sejati di kuliah agama - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Temui cinta sejati di kuliah agama, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Temui cinta sejati di kuliah agama
Link Artikel/Video : Temui cinta sejati di kuliah agama

Baca juga


Temui cinta sejati di kuliah agama

SHAH ALAM – Seorang bilal Surau An-Namira, Taman Bukit Rimau di sini tidak menyangka hubungan cinta selama dua bulan bersama seorang jurutera yang mula berputik melalui kuliah agama berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan malam tadi.

Mohd. Hafizul Husna Samad, 26, berkata, tempoh masa terlalu singkat itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan walaupun dia memperisterikan pasa­ngan yang berumur lebih tua daripadanya iaitu Nur’Ain Alang, 30.

Katanya, dia percaya bahawa pertemuan semasa kuliah agama yang diadakan di Surau An-Namira itu mempunyai rahmat tersendiri kepada mereka berdua.

“Saya sendiri tidak percaya bahawa akan menikahi Nur’Ain pada malam ini (tadi) memandang­kan tempoh perkenalan kami terlalu singkat.

“Namun, saya bersyukur perjalanan cinta kami telah dipermudahkan oleh Allah termasuk bantuan daripada ahli kariah surau yang mengumpul wang sehingga RM12,000 bagi membantu persiapan perkahwinan kami,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Sumber Kosmo