Tajuk : Tun M popular, bijak; Mat Sabu paling kelakar; Syed Saddiq paling kacak
Link Artikel/Video : Tun M popular, bijak; Mat Sabu paling kelakar; Syed Saddiq paling kacak
Tun M popular, bijak; Mat Sabu paling kelakar; Syed Saddiq paling kacak
KUALA LUMPUR: Memiliki ‘X factor’ atau aura tersendiri antara sebab empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) ini sentiasa menjadi sebutan sebahagian besar rakyat Malaysia selepas 100 hari PH mentadbir negara.
Itu keistimewaan dimiliki Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hinggakan wajah dan berita mengenai mereka sering dipaparkan di media massa.
Keunikan mereka sama ada dari aspek positif atau negatif turut diakui sebahagian besar 500 responden kaji selidik
NSTP di seluruh negara, sepanjang minggu ini.
Walaupun berusia 93 tahun, Dr Mahathir masih diminati ramai dan ini terbukti apabila beliau mengungguli dua kategori iaitu Menteri Paling Popular dan Menteri Paling Bijak.
Seramai 148 responden atau 29.6 peratus memilih anak kelahiran Kedah ini sebagai Menteri Paling Popular, mengatasi pencabar terdekat iaitu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (80).
Pengiktirafan terhadap Dr Mahathir tidak mengejutkan berikutan reputasinya sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), memperkenalkan banyak dasar populis, selain turut dianggap antara ‘nama besar’ di pentas politik antarabangsa.
Bagi kategori Menteri Paling Bijak, seramai 175 responden atau 35 peratus memilih Dr Mahathir mengatasi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (92).
Ini dibantu kewibaannya mengetuai PH melakukan kejutan menewaskan BN ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, selain reputasi silamnya sebagai Bapa Pembangunan negara.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula layak dilabel ‘Raja Lawak PH’ apabila mengungguli kategori Menteri Paling Kelakar dengan 345 responden atau 69 peratus mengakui kebolehan semula jadinya melakukan lawak spontan.
Pemilihan Syed Saddiq sebagai Menteri Paling Kacak dengan seramai 309 responden atau 61.8 peratus pula tidak mengejutkan berikutan beliau menteri paling muda pada usia 26 tahun, selain mempunyai ramai peminat terutama dalam kalangan wanita.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula diakui 110 responden atau 22 peratus sebagai Menteri Paling Kontroversi, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (88).
Guan Eng sentiasa lantang mengkritik BN dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama dalam isu 1MDB manakala Dr Mujahid baru-baru ini terbabit dalam polemik LGBT.
INFO
Menteri paling kacak, kelakar, bijak, kontroversi dan popular
Paling kacak
Paling kelakar
Paling bijak
Paling kontroversi
Paling popular
Nota: Daripada 500 responden
Sumber BH

- 1. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (309)
- 2. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (28)
Paling kelakar
- 1. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (345)
- 2. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (30)
Paling bijak
- 1. Tun Mahathir (175)
- 2. Azmin Ali (92)
Paling kontroversi
- 1. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (110)
- 2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (88)
Paling popular
- 1. Tun Mahathir (148)
- 2. Syed Saddiq (80)
Nota: Daripada 500 responden
Sumber BH