Tajuk : Anwar dedah tolak tawaran Presiden UIAM
Link Artikel/Video : Anwar dedah tolak tawaran Presiden UIAM
Anwar dedah tolak tawaran Presiden UIAM
PETALING JAYA - Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebelum ini.
Menurut beliau, langkah itu diambil bagi memastikan barisan kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kuat selepas mengambil alih pemerintahan kerajaan pada PRU14 lalu.
"Kerja saya sekarang apa, tidak ada apa-apa (dan) saya beritahu Tun Mahathir bahawa saya tak mahu apa-apa jawatan.
"Diberi jawatan Presiden UIAM pun saya tak nak sebab saya nk sokong kerajaan baharu supaya kuat," katanya ketika berucap sewaktu Ceramah Perdana sempena PRK Seri Setia di Ara Damansara malam ini.
Semalam, Kesatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM menerusi Facebook, mengucapkan tahniah atas pelantikan Maszlee sebagai presiden universiti itu bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lalu.
Namun begitu, pelantikan Maszlee bagi jawatan itu menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Di samping itu, langkah tersebut juga dikatakan melanggar manifesto PH di mana tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketika ditanya mengenai pelantikan Maszlee bagi jawatan itu, Anwar berkata pihaknya menyerahkan perkara itu untuk dibincangkan oleh barisan kabinet.
"Biar kabinet bincang (pelantikan Maszlee)," jawabnya ringkas.
Sumber SH
Gambar BH