Tajuk : Bebas Guan Eng, Giliran Azmin Pula Bersuara! Setuju?
Link Artikel/Video : Bebas Guan Eng, Giliran Azmin Pula Bersuara! Setuju?
Bebas Guan Eng, Giliran Azmin Pula Bersuara! Setuju?
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penjelasan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keputusan menggugur pertuduhan ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, penting bagi mengelak keraguan rakyat.
Katanya, penjelasan tersebut juga perlu bagi mengelakkan timbulnya lebih banyak kekeliruan kerana jika tidak, rakyat akan meragui kewibawaan institusi Jabatan Peguam Negara.
“Peguam Negara perlu buat penjelasan supaya tidak timbul tafsiran yang merosakkan persepsi umum terhadap Jabatan Peguam Negara.
“Sebab itu penjelasan itu penting supaya tidak ada tafsiran yang salah,” katanya ketika ditemui di lobi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan iaitu mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya negeri itu kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Bagi tuduhan kedua, Guan Eng sebagai penjawat awam didakwa mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di No. 25, Jalan Pinhorn pada harga yang diketahuinya tidak sepadan dengan nilainya, daripada ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon, pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.
Sumber Utusan