Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar

Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar
Link Artikel/Video : Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar

Baca juga


Bukan mudah jadi PM sekarang - Anwar

ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau sendiri akan berdepan dengan kesukaran mengurus dan memulihkan ekonomi negara sekiranya memegang jawatan Perdana Menteri pada ketika ini.

Anwar berkata, ia kerana negara dibebani dengan hutang yang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya, memegang jawatan nombor satu negara bukan satu tugas yang mudah kerana tiada siapa menjangkakan ekonomi negara seteruk ini selain terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

"Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi Perdana Menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita teruk macam ini dengan masalah Felda dan 1MDB," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah dan Perlis hari ini.

Beliau berkata, apa yang menghairankan ketika ini adalah apabila ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang mengkritik kerajaan baharu dengan pelbagai modal, sedangkan ‘kerosakan’ negara itu adalah berpunca daripada mereka. - Bernama 

Sumber Kosmo