Dah macam aksi filem...

Dah macam aksi filem... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dah macam aksi filem..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dah macam aksi filem...
Link Artikel/Video : Dah macam aksi filem...

Baca juga


Dah macam aksi filem...

IPOH - Bagaikan aksi dalam filem apabila sebuah kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan bersama empat warga Myanmar cuba meloloskan diri dalam satu kejadian mengejar dengan kenderaan polis, pagi tadi.

Kejadian mengejar sejauh lebih 100km itu bermula jam 5.30 pagi di Pasir Puteh dan berakhir sekitar jam 7.45 pagi selepas pasukan MPV polis berjaya menyekat kenderaan suspek di kawasan Perindustrian Keramat Pulai, Simpang Pulai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abd Rani Alias berkata, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan jenis Mitsubishi Triton berkenaan selepas suspek tidak mengendahkan amaran untuk memberhentikan kenderaan.

Menurutnya, kejadian bermula di Pengkalan Pegoh selepas polis yang membuat rondaan mengesan kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota telah mengarahkan mereka berhenti, namun suspek enggan dan terus memecut laju.

"Sewaktu diekori polis, kenderaan dipandu dalam keadaan agresif dan laju hingga melanggar beberapa kenderaan pengguna lain," katanya.

Beliau berkata, dengan bantuan MPV lain, kenderaan sama berjaya dikesan berada di kawasan Jalan Changkat Larang menghala Batu Gajah kemudiannya memasuki Jalan Ipoh-Lumut; Tronoh-Tanjung Tualang dan kemudiannya ke Seri Iskandar bertujuan melarikan diri.

Katanya, sekitar jam 7.30 pagi, kenderaan itu memasuki lebuhraya Gopeng sebelum bertindak merempuh palang tol di susur keluar Simpang Pulai untuk melarikan diri ke arah Cameron Highlands.

"Tiba di satu selekoh, kenderaan itu terbabas dalam parit, suspek cuba keluar untuk melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan, semua suspek mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan anggota badan," katanya.

Abd Rani berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau kesalahan cabul dan curi sementara empat warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Kenderaan terbabit juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Sumber SH