Dulu 100 kg, kini 72 kg...

Dulu 100 kg, kini 72 kg... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dulu 100 kg, kini 72 kg..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dulu 100 kg, kini 72 kg...
Link Artikel/Video : Dulu 100 kg, kini 72 kg...

Baca juga


Dulu 100 kg, kini 72 kg...

KEINGINAN untuk dinaikkan pangkat melonjak semangat seorang anggota polis untuk memastikan bentuk badannya tampil seimbang sehingga digelar 'Abang Polis Sado'.

Koperal Mohd Iqwan Bashir Zulkifli, 32, berkata arahan itu pernah dikeluarkan bekas Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah menyarankan anggota polis di negara ini menjaga Indeks Jisim Tubuh (BMI) ideal bagi kenaikan pangkat sekali gus menjadi cetusan untuknya menjaga bentuk badan.

Susulan itu, katanya, pada awal 2016 dia bertekad untuk menjaga keseimbangan berat badan dengan membabitkan diri dalam sukan bina badan selain mengamalkan pemakanan yang sihat.

“Saya mula terbabit dalam dunia bina badan ini, dua tahun lalu apabila pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan BMI yang perlu dipatuhi semua anggota untuk kenaikan pangkat.

“Waktu itu berat saya hampir 100 kilogram (kg) dan selepas menerima memo arahan terbabit, mula terdetik dalam hati untuk melakukan transformasi habis-habisan demi karier sebagai anggota polis.

“Jadi bermula pada 1 Januari 2016, saya sentiasa ke pusat gimnasium untuk bersenam bagi menurunkan berat badan sehingga kini tidak pernah berhenti, malah semangat itu membawa saya pula membabitkan diri dalam sukan bina badan,” katanya.

Mohd Iqwan yang berkhidmat di Balai Polis Kota Bharu dalam Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berkata, dia mengambil tempoh selama dua tahun bagi membentuk badan yang sasa dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga permakanan.

“Berat badan terkini saya 72 kg dari 100 kg sebelum ini, namun pernah mencapai berat 57 kg ketika menyertai Kejohanan Badan Mr Cantik Kelantan pada 2016.

“Seperti diketahui untuk menjaga berat badan perkara paling utama adalah menjaga permakanan. Oleh itu sejak dua tahun lalu saya amat menitikberatkan soal permakanan selain bersenam,” katanya.

Anak kelahiran Tumpat itu turut berkongsi kejayaannya ketika mengharumkan pasukan PDRM dalam kejohanan sukan bina badan.

Katanya, lima kejohanan peringkat negeri pernah disertai sejak 2016 dan bakal menyertai kejohanan peringkat Asia pada Oktober dan November tahun ini.

“Saya merangkul naib johan pada Kejohanan Badan Mr Malaysia pada Ogos lalu.

“Sasaran selepas ini saya mahu mempersiapkan diri untuk menyertai dua kejohanan Asia iaitu Mr Act Open Asia di Kuala Lumpur pada 29 Oktober dan di Bangkok Thailand pada 4 November bagi mewakili PDRM,” katanya.

Sumber HM