Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib

Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib
Link Artikel/Video : Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib

Baca juga


Hari ini hari apa? Hari Terkejut? - Najib

KUALA LUMPUR - “Hari ini hari apa? Hari terkejut?”. Ringkas, padat dan penuh sindiran dalam status terbaru facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengguguran kes Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengejutkan ramai pihak dan ternyata Najib mempunyai cara tersendiri melontarkan pandangan beliau berhubung isu tersebut.

Dalam catatan terbaru di laman facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu hanya memuat naik satu status ringkas, 'Hari ini hari apa? Hari terkejut?’.

Biarpun ringkas, tidak sampai 15 minit status itu dinaikkan, ia mendapat lebih 6,000 likes dan 1,200 komen dari netizens. ‘Troll’ dari bekas perdana menteri itu dilihat mencuit hati rakyat yang masih ‘terkejut’ dengan keputusan kes tersebut.

Kebanyakan netizen merasakan status terbaru dari Najib itu melucukan dan menghiburkan hati rakyat malah ada yang bergurau untuk menggazetkan 3 September 2018 sebagai ‘Hari Terkejut Negara’.

Keputusan Peguam Negara menggugurkan pendakwaan bukan sahaja mengejutkan Najib malah jutaan rakyat Malaysia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan hari ini dalam satu kenyataan ringkas menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut terkejut dengan penarikan kes pendakwaan rasuah terhadap Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Tidak terhenti di situ, ‘drama terkejut’ ini dimeriahkan lagi dengan dakwaan Peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh yang terkejut dengan kenyataan SPRM mendakwa keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara.

Sepanjang hari ini, perkataan ‘terkejut’ sangat popular dalam kalangan netizens yang mengaitkan perkataan tersebut dengan pelbagai perkara, ada juga yang tiada kaitan dengan kes Menteri Kewangan. 

Apa yang pasti, Dr Mahathir terkejut, Najib terkejut, adakah anda juga terkejut?

Sumber SH