Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas

Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas
Link Artikel/Video : Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas

Baca juga


Lelaki anggap dirinya Tuhan didakwa letak bom di Sri Pentas

PETALING JAYA - Seorang lelaki mental yang mengaku dirinya Tuhan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat panggilan palsu meletakkan bom di dalam Bangunan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Damansara, minggu lalu.

Bagaimanapun, Nur Azhan Kamaluddin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Nur Azhan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri Pentas TV3.

Kejadian itu didakwa dilakukan di Sri Pentas TV3 pada pukul 10.12 malam, 28 Ogos lalu.

Lelaki yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam prosiding itu, tertuduh mengakui bahawa dia mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.

"Saya ada penyakit jantung dan mental. Masa kejadian saya ada makan ubat tidur tapi tidak boleh tidur," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan namun pihaknya menyerahkan jaminan dengan budi bicara mahkamah.

"Tertuduh mempunyai masalah mental dan turut disertakan laporan perubatan mental. Ketika siasatan dijalankan, tertuduh menganggap dirinya Tuhan, jadi saya mohon tertuduh dirujuk ke hospital mental," katanya.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana tertuduh akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

Tarikh 4 Oktober depan ditetapkan untuk laporan perubatan disediakan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, bangunan Sri Pentas dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.

"Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu," katanya.

Sumber - K! ONLINE