Tajuk : Lelaki OKU cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang
Link Artikel/Video : Lelaki OKU cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang
Lelaki OKU cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang
Mangsa putus urat tangan kiri selepas ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Taman Permai, Jeram di sini semalam
KUALA SELANGOR - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) cedera parah ditetak sekumpulan empat lelaki bersenjata parang dalam kejadian di sebuah kedai makan di Taman Permai Permai, Jeram, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang berumur 35 tahun cedera parah putus urat tangan kiri selepas ditetak dengan parang.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kira-kira pukul 2 pagi, mangsa bersama lima rakan berada di sebuah kedai makan di Taman Permai.
Katanya, seorang rakan mangsa telah menegur sekumpulan lelaki yang berlumba motosikal di hadapan warung tersebut sebelum kumpulan lelaki terbabit bersurai.
"Bagaimanapun, sekitar pukul 5 pagi, datang dua buah motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Yamaha Lagenda dinaiki empat lelaki.
"Kedua-dua pembonceng motosikal berkenaan yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang dan menutup muka dengan baju telah turun lalu menyerang mangsa dan rakan-rakannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Md. Asri berkata mangsa, seorang OKU yang keseluruhan sebelah kanan anggota badan tidak berfungsi akibat kemalangan jalan raya, tidak sempat lari untuk menyelamatkan diri.
"Akibatnya, mangsa telah ditetak di bahagian tangan kiri mangsa menyebabkan urat tangan kirinya putus. Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya.
Menurut Md. Asri, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
"Beberapa orang saspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,"ujarnya.
Sumber - K! ONLINE