Pakai seluar dalam je...

Pakai seluar dalam je... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pakai seluar dalam je..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pakai seluar dalam je...
Link Artikel/Video : Pakai seluar dalam je...

Baca juga


Pakai seluar dalam je...

WANITA diterkam dan dipeluk lelaki yang hanya berseluar dalam di rumah sewanya di Taman Hiltop, Miri, semalam.

Dalam kejadian 6 pagi itu, mangsa, 40-an, sedang mengemas bilik sebelum suspek tiba-tiba menerkam mangsa dari belakang.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek bergegas keluar dari bilik untuk melarikan diri.

Sumber itu berkata, mangsa menyewa bilik di tingkat dua rumah berkenaan, manakala bilik lain di tingkat bawah disewa oleh penyewa yang tidak dikenalinya.

"Suspek terbabit dipercayai menceroboh bilik mangsa melalui tingkap biliknya berikutan terdapat kesan gunting pada jaring tingkap," katanya.

Katanya, mangsa mengesyaki kejadian dilakukan seorang daripada penyewa lelaki yang tinggal di tingkat bawah rumah berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan berkata operasi mengesan suspek giat dijalankan.

Sumber HM