Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng

Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng
Link Artikel/Video : Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng

Baca juga


Perdana Menteri terkejut berita mengenai pembebasan Guan Eng

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini turut melahirkan rasa terkejut dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo hari ini

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng semalam susulan permohonan oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk Masri Mohd. Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Mahathir berkata: "Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga".

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan media di Istana Qashr Munee d sini di penghujung lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei. 

Pada 30 Jun 2016, Menteri Kewangan yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang dibawah nilai pasaran. - Bernama

Sumber Kosmo