Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018

Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018
Link Artikel/Video : Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018

Baca juga


Semua Restoran Terbuka Kawasan Larangan Merokok Mulai Disember 2018

Sumber Malay Mail.
Timbalan Menteri Kesihatan mengumumkan semua restoran terbuka akan menjadi kawasan larangan merokok mulai Disember ini.

Dr. Lee Boon Chye mengatakan ini merupakan inisiatif kementerian untuk memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu langkah untuk melindungi orang awam daripada bahaya rokok.

Denda sebanyak Rm10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun akan dikenakan bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan.

Selain restoran terbuka, pihaknya juga turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.


Beliau juga menyatakan menurut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa dingin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

Kredit Era