Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri

Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri
Link Artikel/Video : Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri

Baca juga


Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Emirates mengesahkan 10 penumpang pesawat miliknya EK203 dari Dubai ke New York telah jatuh sakit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua penumpang pesawat berkenaan dikuarantinkan dan diberi rawatan oleh pasukan perubatan sebaik tiba di Lapangan terbang JFK, New York kira-kira pukul 9 malam ini (waktu Malaysia), menurut kenyataan Emirates.

"Kesemua 10 penumpang tersebut telah dirawat oleh pasukan perubatan tempatan manakala penumpang lain akan diberi pelepasan tidak lama lagi.

"Keselamatan dan kebajikan penumpang adalah keutamaan kami," kata kenyataan tersebut.

Pesawat tersebut yang dipercayai membawa 380 penumpang berlepas dari Dubai pada pukul 1.12 petang tadi dan tiba di New York pada pukul 9 malam waktu tempatan.

Sumber - K! ONLINE