Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan

Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan
Link Artikel/Video : Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan

Baca juga


Suri rumah berisiko dikenakan cukai pendapatan

KUALA LUMPUR - Langkah Pakatan Harapan diketuai DAP mahu memperkenalkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berisiko menyebabkan golongan itu akan turut dikenakan cukai pendapatan.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana mengikut perundangan bagi pendaftaran akaun KWSP, setiap individu mesti mempunyai sumber pendapatan yang dinyatakan jumlahnya.


Beliau melihat bahawa janji untuk memperkenalkan simpanan pencen itu lebih menimbulkan banyak persoalan berbanding usaha membela golongan suri rumah di negara ini.

“Adakah Pakatan Harapan meletakkan kedudukan isteri sebagai pekerja kepada suami dengan mewajibkan suami mencarum kepada isteri.

“Ini merendahkan taraf isteri di samping suami dan adakah Pakatan Harapan mempertimbangkan implikasi cukai pendapatan yang mungkin perlu ditanggung oleh suri rumah apabila mendapat caruman KWSP yang berkait langsung dengan sumber pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizat mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan untuk PRU-14 yang mengambil pendekatan populis termasuk memperkenalkan bayaran KWSP untuk suri rumah.-UTUSAN ONLINE