Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara

Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara
Link Artikel/Video : Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara

Baca juga


Selepas Ketua SPRM Buat Pendedahan Mengenai Najib, Muhyiddin Yassin Pula Bersuara


PUTRAJAYA -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull diminta membuat laporan polis jika benar beliau menerima ancaman semasa menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan hanya boleh diambil jika laporan polis dibuat dan wujud prima facie selepas siasatan dilakukan.

"Kalau ada laporan bahawa beliau diancam...polis kena siasat, perlu kemukakan fakta dan hasil siasatan.

"Itu prosedur operasi standard kami dan kalau ada prima facie tindakan akan diambil," katanya pada sidang media selepas memulakan tugas rasmi di kementerinnya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Mohd Shukri yang mendakwa terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB, 3 tahun lepas.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Muhyiddin berkata beliau yakin Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tahu apa yang perlu dilakukan berhubung pendedahan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata polis akan cuba menyelesaikan secepat mungkin siasatan skandal 1MDB yang kini mendapat perhatian ramai.

Beliau berkata selain polis, siasatan kes tersebut turut melibatkan agensi lain antaranya SPRM.

"Sebab itu saya tidak boleh ulas panjang bagi pihak polis, kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," katanya.

Mengenai kemungkinan polis akan membuka semula siasatan kes kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, Mohamad Fuzi berkata beliau perlu berbincang dengan pegawainya terlebih sebelum membuat sebarang keputusan.

-- BERNAMA

Kredit MD