'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John

'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John
Link Artikel/Video : 'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John

Baca juga


'Tak betul' - Mat Sabu nafi kisah Kereta Roti John


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau gelaran popularnya, Mat Sabu, sebentar tadi menafikan kisah mengenai dirinya yang tular di media sosial. 

Menjawab pertanyaan seorang netizen di Twitter, Mat Sabu menafikan perbualan itu kononnya dibualkan bersama kakitangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang viral di media sosial sehingga mendapat ribuan likes dan shares. 


Dalam kisah yang viral itu, Mat Sabu didakwa enggan menaiki kenderaan rasmi kerajaan itu kerana segan dan tidak mahu menyalahgunakan aset kerajaan. Sebaliknya hanya mahu pergi ke pejabat MINDEF menggunakan kereta Perodua Viva miliknya. 

Dalam pada itu juga, Mat Sabu memaklumkan orang ramai tidak terperdaya dengan akaun-akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya. Sebaliknya, beliau telah mewujudkan akaun rasminya Facebook: Mohamad Sabu, Twitter: @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official untuk diikuti bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya. 

Jelas beliau, tiga akaun media sosial itu diwujudkan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan orang ramai.