Tajuk : Akhirnya! Sembilan ADUN Umno mohon ampun, tetapi tetap tak bersetuju....
Link Artikel/Video : Akhirnya! Sembilan ADUN Umno mohon ampun, tetapi tetap tak bersetuju....
Akhirnya! Sembilan ADUN Umno mohon ampun, tetapi tetap tak bersetuju....
Semua sembilan ADUN BN Perlis yang memulaukan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar memohon ampun kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerusi satu sidang media, hari ini.
Permohonan ampun itu diketuai oleh Setiausaha BN Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama tujuh wakil rakyat Umno pada satu sidang media di sebuah hotel di Perlis.
Mereka bagaimanapun tetap menolak Azlan sebagai menteri besar negeri itu.
“Sidang media hari ini, kita minta maaf (pada Raja) dan kekal menolak Azlan Man.
“Tak ada siapa yang lari. Kita taat setia pada raja, harap salah faham dengan raja dapat diselesaikan cuma semua tak nak Azlan Man.
“Kita yakin rakyat faham, kenapa kita tak mahu (Azlan) kita akan terangkan pada tuanku,” katanya menerusi sidang media yang disiarkan di Facebook Astro Awani.
Pada 24 Mei lalu, sembilan ADUN BN Perlis bertindak memulaukan istiadat angkat sumpah pelantikan Azlan selaku menteri besar yang diperkenankan Tuanku Syed Sirajuddin untuk memegang jawatan itu di Istana Arau.
Sembilan ADUN BN Perlis itu turut mengadakan sidang media pada hari yang sama di PWTC bertindak memecat keahlian Azlan sebagaimana yang diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Sumber MK