Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion

Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion
Link Artikel/Video : Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion

Baca juga


Giliran Anwar Buka Mulut Isu Harta Rampasan Bernilai RM1.1Bilion


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan nilai rampasan pihak polis di enam premis berkaitan bekas perdana menteri menjadi bukti kerosakan teruk sistem di dalam negara sebelum ini.

"Saya anggap kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan dan menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi (dari kehakiman sampailah pencegahan rasuah) tetapi perkara ini berlaku berleluasa," kata Anwar ketika dihubungi program 'AI' yang bakal disiarkan pukul 8.15 malam esok.

Tambah Anwar, nilai rampasan terbesar dalam sejarah negara itu perlu dipandang serius oleh kepimpinan sekarang.

"Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin dipantau seterusnya.

"Bagaimana perbelanjaan mereka? rumah mereka? kenduri-kendara mereka? amalan biasa mereka? Jika tidak, perkara ini akan berulang dan ini bertentangan dengan janji dan sumpah jawatan," ujarnya.

Menurut Anwar, keadaan ini memaksa bukan sahaja pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin malah pemantauan berterusan oleh badan-badan bebas ke atas semua menteri dan pemimpin bagi mengelak 'tragedi' sama berulang.

Sumber AA