Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni!

Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni!
Link Artikel/Video : Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni!

Baca juga


Ku Li Buka Mulut! Komen Isu Rampasan RM1.1 Bilion...Tengok Ni!

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah percaya bahawa pandangan umum terhadap Umno tidak akan terjejas dengan rampasan barangan bernilai hampir RM1.1 bilion dari hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Akhbar Malay Mail memetik Razaleigh, yang bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Sabtu ini, sebagai berkata rampasan itu tidak ada kaitan dengan Umno.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan terhadap kedudukan kita sebagai sebuah parti, jika ini (merujuk kepada tuduhan terhadap Najib) adalah benar," beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, ia bukanlah dasar parti atau atas dorongan parti, "jadi saya tidak fikir ia memberi kesan kepada kita". Beliau dipetik sebagai berkata demikian selepas bertemu anggota Umno di Ipoh malam tadi.

Semalam, polis mendedahkan bahawa jumlah nilai barangan yang dirampas yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dan keluarganya berjumlah RM686.37 juta, manakala nilainya dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.

Ini di samping RM114 juta wang tunai yang dirampas dari hartanah berkenaan, yang Najib dan beberapa yang lain menyatakan adalah derma kepada Umno untuk kempen pilihan raya.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini semalam, Najib menegaskan bahawa barangan yang dirampas itu merupakan hadiah, dan menyifatkan anggaran polis tentang nilai rampasan itu sebagai "subjektif".

Sementara itu, Razaleigh menyuarakan kekecewaannya dengan tindakan Ahli Parlimen (MP) Bukit Gantang , Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fusal dan Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali keluar Umno baru-baru ini.

Katanya, ini kerana rakyat mengundi 54 ahli Parlimen dari Umno semasa pilihan raya umum ke-14, dan oleh itu "54 (MP) kita perlu kekal (dalam Umno)".

Dalam pemilihan Umno kali ini, Razaleigh akan berdepan dengan presiden pemangku Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan dua calon lagi.

Sebanyak 165,000 perwakilan Umno akan mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno itu Sabtu ini.

Sumber MK