Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’

Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’ - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’
Link Artikel/Video : Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’

Baca juga


Ramai nak tahu kisah ‘Langkah Najib’

SHAH ALAM - Ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar di sebalik keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno paling sengit pada 1987.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sedangkan ketika itu Najib merupakan anak didik kepada pencabar Mahathir iaitu Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

“Dari orang yang dikenali sebagai anak didik Ku Li ketika itu, hanya di saat akhir sebelum pengundian, Najib mengisytiharkan sokongannya kepada Mahathir. Keputusan akhir – Ku Li kalah 43 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, tanpa ‘Langkah Najib’, mungkin Mahathir kalah dalam perebutan jawatan Presiden Umno dan Ku Li menjadi Perdana Menteri.

“Sudah tentu corak dan landskap politik negara juga berbeza. Umum mengetahui dalam politik, kita tidak boleh terlalu mengharap orang berterima kasih atau mengenang budi di masa depan.

“Ketika ini, Mahathir tidak perlu menoleh untuk berterima kasih kepada Najib kerana tanpa Najib, beliau mungkin kalah ketika itu dan tidak terus menjadi Perdana Menteri. Itu juga sebahagian daripada jalur sejarah untuk beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Najib berhak menyatakan kekesalannya menjatuhkan Ku Li dan menyokong Mahathir 29 tahun dulu.

“Sebab itu kini ramai ingin tahu cerita sebenar ‘Langkah Najib’ pada 1987. Hanya Najib boleh menceritakannya. Ia penting, kerana hanya di tahun 2018 ini kita melihat jawatan Presiden Umno kembali dipertandingkan.

“Entah dirancang, entah kebetulan. Nama Ku Li muncul lagi. Menang kalah adalah adat. Namun ini peluang terakhir untuk beliau menunjukkan keupayaan menentang Mahathir sekali lagi,” katanya.

Menurut Ahmad Shabery, dalam sejarah ramai melihat cara Mahathir mengendalikan musuh politiknya.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah merasainya. Kini Najib dan Umno sedang merasainya.

“Mungkin Najib dapat berkongsi perasaannya kalaulah beliau tidak berpaling menyeberang sempadan pada 1987, apa yang dirasai mereka ini mungkin tidak berlaku. Keputusan kita hari ini walaupun kecil tetapi ia mungkin amat kritikal menentukan perjalanan sejarah di masa depan,” katanya.

Sumber SH