'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya

'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya
Link Artikel/Video : 'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya

Baca juga


'Tak sempat brek, tiba-tiba ...' - Danial Lawak Solo kemalangan jalan raya


PENYAMPAI radio Era, Danial Lawak Solo berdepan dengan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Syawal lalu.

Danial yang memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan berdekatan Simpang Pulai.

Menceritakan detik cemas itu, Danial memberitahu ia berlaku dengan pantas dan kereta yang dipandu tidak dapat dikawal.

“Trafik di lebuh raya ketika itu memang perlahan dengan kenderaan yang banyak di atas jalan.

“Kereta saya hilang kawalan selepas kereta hadapan berhenti secara tiba-tiba.

“Saya tidak sempat menekan ‘break’ dan tiba-tiba terlanggar kereta hadapan saya.

“Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu kerana kereta hadapan saya turut berlanggar dengan kereta hadapannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Danial bersyukur kerana dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulilah, saya selamat cuma dagu saya yang terhantuk ke 'steering' sahaja lebam.

“Kereta saya pula remuk dibahagian depan sebelah pemandu.

“Jadi kereta saya ketika itu terpaksa ditarik dengan lori 'towing' hingga ke Kuala Lumpur,”ceritanya lagi.

Danial mengalami kecelakaan jalan raya pada 17 Jun lalu, jam 9.45 malam dan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 6 pagi keesokkan harinya.

- Foto: IG Danial Lawak Solo/Teks oleh: Syafiqah Jalal via AstroAwani