Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur

Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur
Link Artikel/Video : Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur

Baca juga


Pelakon tambahan filem P. Ramlee uzur

KOTA BHARU - Lelaki warga emas, Abdul Kadir Mamat, 78, yang merupakan antara pelakon tambahan filem Ali Baba Bujang Lapok yang masih hidup dilaporkan berada dalam keadaan uzur.

Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Pok Dir berkata, sejak lebih sebulan lalu keadaan kesihatannya mula bertambah buruk dan terpaksa berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.

"Kedua-dua mata saya sudah tidak nampak, kata doktor terdapat luka di dalam mata. Jadi saya perlu ke HUSM lagi pada Ahad ini untuk rawatan.

"Akibat tidak dapat melihat, banyak rutin harian terpaksa dilupakan dan hanya mampu terlantar di atas tilam setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pok Dir yang pernah membintangi filem arahan P. Ramlee seperti Kanchan Tirana, Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok serta beberapa filem lagi memberitahu, ketika ini semua persiapan hariannya dibantu oleh isteri, Hasmah Yusof, 53.

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee, Pok Dir merupakan penyamun pertama yang dijirus dengan minyak panas oleh Marjina yang merupakan lakonan Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Kosmo! pada 3 Februari lalu ada menyiarkan rencana berkenaan suka duka kehidupan Pok Dir anak jati kelahiran Kampung Berhala Lima, Peringat, yang kini menetap di Kedai Lalat di sini.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada Pok Dir boleh menghubunginya di talian 010-8425399.

Sumber - K! ONLINE