Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan

Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan
Link Artikel/Video : Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan

Baca juga


Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan


KUALA LUMPUR - Semua sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar meletak jawatan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu.

Khazanah Nasional menerusi satu kenyataan akhbar telah mengesahkan perkara tersebut hari ini.

Kesemua sembilan ahli lembaga pengarah sudah pun mengemukan surat peletakkan jawatan mereka kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut kenyataan akhbar berkenaan, langkah tersebut adalah untuk memudahkan cara peralihan yang lancar dan teratur oleh kerajaan baharu.

Jelas kenyataan itu, Azman dan pengarah Khazanah telah mengadakan mesyuarat lembaga khas pada lewat petang semalam dan memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh kemudian diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Ahli lembaga pengarah ini berbesar hati untuk berkhidmat dan merasakan sesuai untuk menawarkan kerajaan baharu budi bicara dan menyatakan semula hak dalam membentuk lembaga pengarah baharu.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan terkini sebaik sahaja butiran lanjut tentang pemilihan semula lembaga pengarah baharu diperoleh," katanya.

Portal The Straits Times yang berpangkalan di Singapuran sebelum ini melaporkan Azman dan lapan lagi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah lain termasuk Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md. Yusof meletak jawatan.

Turut terlibat pengarah lain adalah terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka seperti Datuk Sri Nazir Razak, Datuk Dr. Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Dr. Mahathir mengkritik Khazanah Nasional kerana menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu bumiputera. 

Sumber- K! ONLINE