Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak!

Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak!
Link Artikel/Video : Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak!

Baca juga


Ini sebab kerajaan cadang bina jalan baharu untuk Sarawak!

MIRI - Kementerian Kerja Raya sedang melihat kemungkinan membina jalan raya alternatif di Sarawak tanpa melalui Brunei bagi memudahkan perjalanan pengguna jalan raya di sana.

Menterinya Baru Bian berkata satu pilihan yang sedang difikirkan ialah menggunakan Jalan Marudi ke Lawas kerana cadangan laluan itu boleh dilencongkan tanpa perlu melalui Brunei.

"Saya berharap kerajaan sekarang faham dan akan bersetuju dengan rancangan ini untuk lima tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pfizer Malaysia Health Fellows di sebuah hotel di sini hari ini.

Baru berkata cadangan itu kali pertama dibangkitkan beliau sendiri semasa sesi penggulungan  bahas untuk Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat baru-baru ini dan akan disusuli tidak lama lagi  kerana  rancangan ini akan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Baram, Limbang dan Lawas.

Beliau berkata pada masa ini pengguna jalan hanya mempunyai satu pilihan melalui jalan darat dari Miri ke Limbang atau sebaliknya dengan menyeberangi sempadan Brunei yang merupakan sebahagian daripada  fasa kedua Lebuhraya Pan Borneo. 

Baru yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan berkata antara masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya dari Malaysia ialah undang-undang ketat yang dikenakan oleh negara jiran  seperti  cermin  gelap pada kenderaan.

Untuk rekod, Anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah sudah menyuarakan isu ini di media tempatan   tahun lepas dan mahukan Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu selepas ramai pengguna jalan raya di Malaysia dikenakan saman kerana cermin gelap terutamanya mereka yang sering ke Limbang dan Brunei.

Hasbi mencadangkan isu itu dibincangkan antara Kerajaan Malaysia dan Brunei kerana ada pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan RM180 untuk membayar saman kepada agensi penguatkuasaan Brunei walaupun dalam kes tertentu, cermin gelap itu memang dipasang oleh pengeluar kenderaan.

Selain daripada undang-undang lalu lintas yang ketat, pengguna jalan raya dari Sabah dan Sarawak perlu melalui lapan tempat pemeriksaan  Kastam, Imigresen dan Kuarantin jika mereka memandu dari Sarawak ke Sabah menerusi Brunei. - Bernama

Sumber Kosmo