Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci

Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci
Link Artikel/Video : Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci

Baca juga


Lima beranak teruskan kembara berbasikal ke Tanah Suci

Keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah hari ini.
 
BUKIT MERTAJAM - Setelah dua hari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Muchlis Abdullah, 47, berkata, beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.

"Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi," kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini hari ini.

Kembara yang dinamakan 'Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018' keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.

Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang. - Bernama

Sumber Kosmo