Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak

Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak
Link Artikel/Video : Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak

Baca juga


Mengejutkan! Jiran Dedah Kelakuan Pelik Bapa Selepas Tetak Anak

JIRAN mendakwa melihat bapa menggunakan mop untuk mengelap kesan darah anaknya yang berlumuran di hadapan rumah, di Flat Puchong Permai, Puchong, semalam.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dipercayai diletakkan di hadapan rumahnya selepas lelaki itu menetak anaknya di kepala dan tangan dengan parang sehingga maut.

Jiran, S Letchumy, 68, berkata, jiran lain juga memaklumkan suspek berada dalam keadaan tidak sedar dan 'lalok' ketika membersihkan kawasan rumahnya.

"Ada jiran tanya, itu anak kamu ke? Lelaki itu mengatakan tidak, seolah-olah lelaki itu tidak sedar apa yang berlaku.

"Suspek lap darah yang berlumuran itu lewat petang semalam, ketika itu saya baru bangun daripada tidur.

"Saya tidak pergi ke lokasi kejadian, saya ada masalah jantung.

"Saya mendapat maklumat mengenai insiden itu daripada jiran lain. Saya menangis ketika mendengar apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di flat itu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.45 petang semalam, suspek berusia 35 tahun itu dikatakan menetak kepala dan pergelangan kanan anaknya yang sedang tidur.

Suspek ditahan di rumahnya dan mendakwa membunuh anaknya selepas mendengar bisikan suara ghaib.

Selain itu, suspek juga dipercayai peminum tegar ketum dan didapati positif dadah jenis syabu.

Sumber HM