Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang

Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang
Link Artikel/Video : Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang

Baca juga


Menteri terkejut pertengkaran Orang Asli di Gua Musang

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Luar Bandar terkejut dengan insiden di tapak blockade Kaleg di Pos Tohoi, Gua Musang, kira-kira jam 6.00 petang semalam.

Timbalan Menterinya, Sivarasa Rasiah menganggap serangan berkenaan dicetuskan oleh syarikat-syarikat perladangan itu sendiri kerana tiada pihak lain yang mempunyai motif untuk melakukannya.

Bagaimanapun menurutnya, dia berasa lega serta bernasib baik kerana Orang Asli tidak menentang dan tiada kecederaan fizikal atau kehilangan nyawa berlaku.

"Saya amat terkejut dengan serangan secara tiba-tiba sedangkan dalam masa yang sama, saya telah menerima surat daripada dua syarikat memohon saya membantu pekerja mereka untuk keluar masuk kawasan yang mereka usahakan untuk tujuan mengutip hasil perladangan.

"Surat-surat tersebut diserahkan berikutan perjumpaan saya semasa lawatan saya ke Gua Musang pada hari Khamis bersama wakil-wakil syarikat yang telah diberi kebenaran oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membuka ladang di tanah yang dituntut sebagai tanah adat oleh masyarakat Orang Asli di sana," katanya dalam satu kenyataan media, tadi.

Sivarasa berkata, beliau juga telah memaklumkan kepada masyarakat Orang Asli di blockade Kaleg mengenai perkara berkenaan dan mereka (Orang Asli) bersedia untuk mempertimbangkannya.

Menurutnya, ketulusan surat-surat berkenaan yang dihantar oleh syarikat-syarikat perladangan Fleet Precision Sdn Bhd dan KPG Maju Enterprise jelas kini dipersoalkan susulan insiden yang terjadi semalam.

"Masyarakat Orang Asli sudah membuat laporan polis mengenai serangan itu. Saya yakin polis akab menyiasat semua kesalahan jenayah yang dilakukan semasa serangan dan juga mengekalkan ketenteraman awam di kawasan blockade.

"Saya menasihatkan semua pihak yang berkepentingan bahawa keganasan bukanlah cara untuk mengatasi masalah pencerobohan tanah adat Orang Asli," katanya.

Menurutnya, syarikat-syarikat yang terlibat juga perlu mengkaji dan mengguna protes undang-undang untuk menyelesaikan masalah sekatan untuk keluar masuk ke ladang mereka.

Sivarasa berkata, dalam masa yang sama dia juga akan terus berhubung dengan semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah sekatan keluar masuk ke ladang dengan segera.

"Pihak kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada penyelesaian jangka panjang untuk melindungi tanag adat Orang Asli iaitu mengukur dan mewartakan tanah tersebut.

Semalam sekatan Orang Asli di Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini, didakwa sudah dirobohkan sekumpulan pekerja ladang durian Musang King.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu adalah usaha untuk memasuki laluan berkenaan untuk ke ladang tersebut.

Menerusi rakaman video, sekumpulan lelaki yang menaiki beberapa pacuan empat roda dilihat bertindak merobohkan sekatan menggunakan gergaji bermotor.

Khamis lalu, masyarakat Orang Asli menyambut baik kesudian Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa yang dijadualkan melawat sekatan di Cawas.

Wakil Orang Asli, Nasir Dollah berkata, kesudian itu membuktikan kesungguhan beliau dalam menangani isu sekatan yang sudah lama berlanjutan namun masih belum dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berhubung sekatan yang dibuat pekerja syarikat pengusaha kebun durian Musang King di Kampung Kaleng, Pos Tohoi, Gua Musang

Sumber SH