Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'?

Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'?
Link Artikel/Video : Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'?

Baca juga


Nur Risteena kahwin 'sorok-sorok'?

Menyentuh sisi peribadi, Risteena mengaku persoalan mengenai jodoh memang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi pada usia sekarang, dirinya memang sudah dilihat layak untuk menaiki pelamin.

“Saya memang tidak boleh lari daripada pertanyaan mengenai bila hendak mendirikan rumah tangga. Kalau balik kampung pun, soalan sama juga akan diajukan.

“Apa pun, agak mustahil jika saya kononnya tidak berkawan dengan sesiapa pada usia sekarang. Memang saya ada berkawan dan mengenali hati budi. Cuma, belum ada yang benar-benar serius dan bakal dijadikan suami.

“Kalau boleh, saya sendiri enggan menjaja kisah kononnya sudah ada kekasih atau mahu kahwin, tetapi akhirnya tidak jadi. Nanti ada pula yang kata saya berangan sendiri.

“Saya juga tidak mahu mencanang mengenai sesuatu perkara yang belum pasti hujung pangkalnya. Dalam masa sama, saya bukanlah berniat hendak menyorokkan sesuatu. Pendek kata, kalau ia sudah pasti, barulah saya teruja hendak berkongsi cerita.

“Tidak mungkin saya berkahwin secara sorok-sorok. Bukanlah perkahwinan itu sesuatu yang elok dikongsikan?” katanya.

Sumber BH