Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu

Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu
Link Artikel/Video : Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu

Baca juga


Polis buru dua 'mat rempit' sebabkan kematian di Kota Bharu

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan haram sehingga menyebabkan kematian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguat Kuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang itu dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, dan mendatangkan kecederaan terhadap pejalan kaki Mohd. Azhan Baharudin, 25, ketika menyertai perlumbaan haram tersebut.

"Kedua-dua penunggang ini dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Buat masa ini polis sudah merakam percakapan penonton berhubung kejadian," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Senawang ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasaan Trafik JSPT Bukit Aman, Superintendan Zakaria Abd. Rahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sharul Othman berkata, pihaknya percaya perlumbaan haram itu dianjurkan pihak tertentu dan kini sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.

Semalam, media melaporkan Norazrin Azizan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan pada 4.55 pagi akibat pendarahan otak.

Pada kejadian 6.30 pagi kelmarin, Norazrin Azizan dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Mohd. Azhan yang cuba melintas jalan ketika kegiatan lumba haram itu berlangsung.

Akibat kejadian, Mohd. Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangan dan masih belum sedarkan diri di HUSM. - Bernama

Sumber Kosmo