Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita

Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita
Link Artikel/Video : Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita

Baca juga


Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita

NAIROBI - KENYA. Dek kerana kemiskinan tegar, gadis di Kenya terpaksa mengadakan hubungan intim dengan lelaki lebih tua demi mendapatkan tuala wanita.

Kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati, 65 peratus wanita di Kibera, kawasan miskin terbesar di Afrika terpaksa melakukan hubungan intim demi mendapatkan produk tersebut.

Unicef turut mendedahkan, 54 peratus gadis Kenya menghadapi masalah mendapatkan produk kebersihan feminin dan 22 peratus pelajar sekolah terpaksa membelinya sendiri.

Ketua Sanitasi Unicef Kenya, Andrew Trevett berkata, gadis Kenya melakukan hubungan intim dengan pemandu teksi motor (boda boda) kerana dua sebab.

"Sebab utama adalah kemiskinan, gadis dan wanita di Kenya tidak mempunyai wang untuk membeli produk kebersihan feminin termasuk tuala wanita.

"Namun, terdapat juga isu bekalan. Bagi gadis yang tinggal di kawasan terpencil, produk tersebut tidak terdapat di kampung mereka, ketiadaan kemudahan pengankutan atau wang tambang turut menyukarkan keadaan.

"Mereka terpaksa bergantung kepada pemandu boda boda untuk menghantar bekalan tersebut, namun pemandu akan mengambil kesempatan dengan meminta gadis melakukan hubungan intim dengan mereka," kata Trevett.

Kekurangan berkenaan merupakan isu besar di Kenya dan Unicef mendapati 7 peratus golongan wanita terpaksa menggunakan kain buruk, bulu ayam, lumpur dan kertas bagi menggantikan tuala wanita.

Malah ada yang sanggup mengorek lubang dan tidak berganjak selama beberapa hari ketika datang bulan. - Metro.co.uk

Sumber SH