Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara

Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara
Link Artikel/Video : Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara

Baca juga


Nurul Izzah buat rayuan pada Peguam Negara

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas berhubung kes seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Nurul Izzah berkata, beliau secara peribadi akan menulis rayuan untuk mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu, Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit pada kes berkenaan.

"Ganja menjadi semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik.

"Sudah tiba masanya untuk mengkaji definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan," katanya dipetik dalam temubualnya bersama portal The Star Online.

Kes Muhammad Lukman menjadi tular di laman sosial baru-baru ini dan mendapat perhatian netizen kerana dia menggunakan ganja yang diolah dalam bentuk cecair (minyak) untuk bagi tujuan perubatan.

Berdasarkan laporan The Star Online, Muhammad Lukman telah memberi rawatan alternatif itu kepada tidak kurang daripada 800 pesakit.

Sepanjang perbicaraan kes itu, peguamnya, Farhan Maaruf telah membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan khidmat perubatan minyak ganja daripadanya.

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih ganja, akan dituduh di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati.

Bagaimanapun, di kebanyakan negara maju, trend 'menghalalkan' ganja sudah dimulakan terutamanya untuk tujuan perubatan.

Sumber SH