PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera

PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera
Link Artikel/Video : PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera

Baca juga


PATRIOT kecam pakaian perbarisan PAS mirip tentera

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-64 yang disifatkan menyerupai pakaian tentera.

Presidennya, Datuk Mohd Arshad Raji, berkata pihaknya terkejut apabila melihat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membuat pemeriksaan perbarisan di Kuala Terengganu, semalam.

“Ia amat mengejutkan, kami kalangan pesara tentera sukar hendak percaya apabila melihat Hadi memeriksa perbarisan yang berpakaian sangat mirip seragam tentera selain turut mengenakan medal.

“Seksyen 140 Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang bukan anggota tentera memakai pakaian, atau membawa sebarang tanda penghargaan yang menyerupai pakaian atau medal tentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arshad berkata demikian sebagai merujuk kepada program perasmian Muktamar PAS ke-64 yang dirasmikan Hadi di Kuala Terengganu, semalam.

Arshad berkata, Kementerian Pertahanan dan KDN perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum perkara seumpamanya menjadi tidak terkawal.

“Pakaian seragam tentera Nombor 1 selalunya dipakai oleh tentera dalam majlis rasmi atau acara penting.

“Pemeriksaan perbarisan di dalam tentera dan polis, yang diadakan dengan pakaian rasmi (tentera), biasanya dibuat sebagai tanda penghormatan buat golongan istana, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera.

“Ini adalah satu perkara serius, dan tidak seharusnya disalahgunakan oleh mana-mana organisasi, dan boleh dianggap menghina tradisi tentera,” katanya.

Arshad turut menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu menjaga tradisi ketenteraan.

“Seragam tentera perlu dijaga daripada disalahgunakan pihak lain yang tidak layak memakainya.

“Dalam kejadian pemeriksaan perbarisan anggota PAS yang memakai pakaian seperti seragam tentera Nombor 1, PATRIOT berharap Panglima Angkatan Tentera atau Ketua Pegawai menjadi yang terawal menegur perkara ini.

“Maruah, integriti dan tradisi tentera dan polis perlu dipertahankan, ini masa yang tepat bagi menghentikan pihak yang bukan tentera atau organisasi bukan tentera memakai seragam tentera atau yang kelihatan seperti seragam tentera,” katanya.

Sumber BH