'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek'

'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek'
Link Artikel/Video : 'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek'

Baca juga


'Saya tanding di PD, ada pemimpin PKR 'ngok ngek ngok ngek'

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota parti agar memilih pemimpin yang setia meneruskan perjuangan parti dalam pemilihan PKR kali ini dan bukan pemimpin yang mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri.

Anwar berkata anggota PKR perlu menyedari parti itu dibentuk kerana agenda reformasi dan membela rakyat.

"Jika ada pemimpin yang berubah dan tidak lagi meneruskan perjuangan, dia telah mengkhianati parti, jangan pilih pemimpin begini," katanya dalam ucapan di hadapan lebih 1,000 penyokongnya pada program ‘Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan’ di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar seterusnya mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu dalam PKR yang mempertikaikan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Sedangkan, katanya pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain menyokong penuh keputusan berkenaan.

"Bila saya buat keputusan nak bertanding di PD (Port Dickson), (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng sokong saya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun sokong, (Presiden Amanah) Mohamad Sabu juga sokong, tapi dalam parti (PKR), ngok ngek ngok ngek… kenapa?

“ Saya nak katakan, kita dah bincang dengan semua orang yang boleh bagi pandangan, jadi keputusan ini telah dibincang," katanya.

Anwar juga menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang mahu beliau menyingkir orang-orang tertentu dalam parti sebagai syarat sokongan pada PRK Parlimen Port Dickson.

"Ada orang beritahu saya, parti ini aman kalau saya pecat orang ini, orang itu. Kalau nak sokongan di PD, buang orang ini. Saya kata, kalau kau tak tidak mau sokong saya di PD, saya tidak peduli," katanya disambut sorakan penyokongnya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil mudah PRK itu, walaupun pada hakikatnya beliau seorang pemimpin yang dikenali dan menjadi lumrah bagi mana-mana calon tidak mendapat sokongan 100 peratus daripada pengundi di mana-mana kawasan dan itu turut terpakai di Port Dickson.

“Saya tidak pernah bersikap begitu, (sama ada) dalam politik, kehidupan dan kerjaya, saya tidak memandang mudah mana-mana perkara, anda perlu kerja keras, anda perlu bertemu rakyat dan berikan penjelasan, lumrahnya anda tidak mendapat sokongan 100 peratus pengundi , tetapi adalah penting untuk anda sedari bahawa kami hanya menawarkan diri kami sebagai calon.

“Oleh itu bagi mereka anda mungkin dikenali dan diterima di tempat lain, tetapi apa yang penting adalah sokongan daripada Port Dickson. Tiada yang pasti. Saya perlu bekerja keras,” katanya.

Anwar berkata beliau akan melawat kawasan itu secepat mungkin untuk bertemu pengundi, malah sebelum hari penamaan calon.

Berhubung kenyataan Anggota Parlimen Padang Rengas daripada Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang secara terbuka menyatakan akan menyokong termasuk berkempen untuk beliau pada pilihan raya kecil itu, Anwar berkata beliau secara peribadi mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana pihak.

“Tetapi apabila melibatkan platform parti ia akan diputuskan oleh parti. Saya bukanlah sombong untuk menolak mana-mana tawaran untuk membantu, saya hanyalah seorang calon,” katanya.

Nazri yang dipetik berkata demikian oleh sebuah portal berita berkata, beliau percaya ini adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.

- Bernama / Sumber MK