Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai!

Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai!
Link Artikel/Video : Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai!

Baca juga


Derita Sakit Buah Pinggang? Nassier Wahab Tampil Jelaskan Perkara Mengejutkan Ramai!


PENYANYI Datuk Nassier Wahab terkejut dengan laporan menerusi laman Youtube mengatakan dia kini sedang menderita penyakit buah pinggang.

Nassier, 55, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kesihatannya dalam keadaan baik dan bukan seperti dilaporkan dalam video itu.

"Saya terkejut apabila menonton berita di laman tersebut dan di sini saya ingin menjelaskan saya sihat dan baik-baik sahaja.

Nassier Wahab kecewa dengan laporan berita palsu.

"Foto yang mereka guna itu menunjukkan tangan saya dibalut adalah gambar 10 tahun lalu. Ketika itu saya mengalami kecederaan kerana kebakaran.

"Pelik, kalau betul saya sakit buah pinggang, kenapa tangan pula yang berbalut? Saya tak tahu apa motif mereka buat cerita palsu itu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini turut berkongsi tip penjagaan kesihatan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Tambah Nassier, sebagai selebriti dia sangat mementingkan kesihatan dan tidak ambil mudah mengenai perkara tersebut.

Justeru dia meminta orang ramai terutama para peminatnya agar tidak mudah percaya dengan laporan YouTube berkenaan.

Akibat laporan tidak tepat itu ujar Nassier, dia menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang terkejut selain mahu mengetahui kisah sebenar.

Sumber MSTAR