Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wawa ketawa lihat gambar itu - Aeril Zafrel

KUALA LUMPUR - “Saya hanya ingin beri penegasan bahawa gambar bogel itu bukan saya,” ujar pelakon Aeril Zafrel apabila disoal tentang tindakannya memadam perkongsian gambar bogel yang miripnya di Instagram.

Aeril atau nama lengkapnya, Suhairil Sunari, 29, berkata, dia sudah mengetahui tentang kewujudan gambar berkenaan sejak kira-kira setahun lalu daripada seorang kenalan.

“Saya memang tidak sangka ia tular dan menjadi topik ‘membawang’ orang ramai di sosial media. Gambar berkenaan sudah saya tahu kewujudannya sejak kira-kira setahun lepas daripada seorang rakan.

“Apabila ditanya tentang kesahihan gambar tersebut oleh seorang wartawan semalam, saya tertawa. Segelintir orang memang suka menabur fitnah tanpa memikirkan soal dosa. Tidak mengapa, saya doakan sahaja yang baik-baik buat mereka yang terlibat menularkan gambar ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya apa reaksi isterinya, Wawa Zainal apabila mengetahui tentang kewujudan gambar tidak senonoh berkenaan, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu berkata, dia juga ketawa apabila melihat gambar yang tular itu.

“Wawa okey dan ketawa apabila melihat gambar itu. Dia lebih tahu fizikal saya bagaimana. Lagipun, lelaki dalam gambar itu tidak sunat dan terang-terang bukan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Aeril memuat naik gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dalam keadaan bogel dan menampakkan alat sulit di laman sosial Instagram miliknya.

Dia turut bersumpah bahawa individu dalam foto berkenaan bukan dirinya, malah berharap pihak yang membuat fitnah itu menerima balasan Allah.

“Wallahi Watallohi Wabillahi. Itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan berniat atas fitnah ini. Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sumber Kosmo

'Cukuplah 10 tahun berlakon'

KUALA LUMPUR: Sedekad mengukuhkan nama, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad mengakui, sudah tiba masa untuk dia berundur daripada dunia lakonan serta menumpukan perhatian kepada tugasan di balik tabir.

Katanya, pendirian mengehadkan kemunculannya di televisyen, kecuali dalam bidang pengacaraan diputuskan kerana dia lebih puas menyajikan penonton dengan naskhah terbitan sendiri.

“Saya masih mahu berada di set penggambaran, tetapi bukan sebagai pelakon, sebaliknya menjadi penerbit dengan menghasilkan drama dan filem.

“Kepuasan melihat orang lain melontarkan dialog, menggarap idea yang diterjemahkan menerusi skrip dan lakon layar sukar digambarkan.

“Lagipun, sepanjang 10 tahun ini, saya belum mencapai apa-apa kejayaan sebagai pelakon, berbanding kerjaya seni lain. Rasanya lebih baik saya hasilkan skrip dan menerbitkan produksi sendiri.” katanya yang baru mengetengahkan telefilem, The Hantus.

Pemilik bersama syarikat produksi, KMN Production itu berkata, kejayaan The Hantus mengutip lebih RM1 juta ketika disiarkan menerusi Astro First menyuntik semangatnya menghasilkan lebih banyak naskhah bermesej.

“Saya bertuah kerana dua rakan kongsi, Khairil dan Muzamil mempercayai karya yang saya ketengahkan. Saya bangga dengan hasil The Hantoos.

“Mungkin penerimaan orang berbeza, tetapi sebagai produk pertama, maklum balas yang diberikan penonton itu sangat luar biasa,” katanya.

Nabil bagaimanapun berkata, dia masih memenuhi tawaran muncul di skrin televisyen sebagai hos dan pelawak.

“Saya mahu menjadi seperti Mamat Khalid yang dikenali bersandarkan idea kreatif dan karya yang melekat di hati semua kelompok masyarakat.

“Bukan tidak sayang dengan lakonan, namun cukup sampai setakat ini kerana jiwa saya lebih kepada kerja belakang tabir,” katanya yang bakal tampil bersama telefilem, Datuk Setan.

Sementara itu, Nabil yang pernah menggenggam gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2008 turut meluahkan perasaan terharu apabila kembali dicalonkan pada musim ini.

Namanya berada dalam senarai awal ABPBH31 untuk kategori Pengacara TV Popular dan Artis Versatil Popular yang bakal diumumkan pada malam kemuncak 7 Oktober depan.

Sumber BH

"Takpe lepas ni ai buat filem lucah pulak..." - Namron

PENGARAH dan pelakon berbakat besar, Namron meluahkan rasa kecewa selepas filem arahannya, One Two Jaga kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan.

Malah dia berasa sangat tertipu dengan kata-kata manis segelintir netizen yang memuji filem berkenaan pada awalnya, tapi apabila ditayangkan masih banyak pawagam kosong.

"Kalau belek di media sosial, banyak yang cakap support, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi di panggung kosong tak ada orang.

"Baru saya sedar saya terpedaya dengan kata-kata manis. Tak apa, lepas ini saya akan buat filem lucah pulak, mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu," tulisnya menerusi laman Twitter miliknya.

Tambah Namron, dia mengarahkan filem tersebut bukanlah untuk mendapat pujian di media sosial, mahupun memenangi anugerah, tapi dia mengharapkan orang ramai datang ke panggung kerana dia menghasilkan filem yang mudah dihadam.

"Jika saya dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat, semata-mata nak kongsi cerita saya, tapi orang ramai masih tak terpanggil ke panggung, saya tak tahu apa lagi yang orang ramai mahukan.

"Mungkin filem lucah yang mereka harapkan dari saya. Jika itu yang orang ramai nak, saya akan jadi pengasas pembikin filem lucah di Malaysia," tulisnya.

Filem arahan Nam Ron ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Ia dibintangi pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Timothy Castillo, Iedil Putra dan ramai lagi.

Filem bergenre aksi, drama ini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia hari ini.

Sumber SH

"Bapa zaman sekarang, anak baru form 1 dah kasi bawa kereta" - Mia Sara teruk dikritik netizen!

Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dikritik netizen selepas memandu kenderaan milik ayahnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mia berkongsi rasa teruja dan pengalaman pertamanya memandu kereta milik ayahnya.

"Allahuakbar! Cuaknya la. My first driving lesson. Papa je yang ajar bawak keretanya pun tapi excitednya," tulisnya.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan yang dilakukan oleh ayahnya yang mengajar Mia memandu kereta kerana usianya baru 13 tahun.

"@adhwa_farhyn: Tahu kamu excited. Tapi, tak patut up kat sosial media. Kamu tu public figure. Bapak kamu akan baca kan, sume komen?.  Harap-harap dia take action lah.  Bapak zaman sekarang, anak form 1 dah kasi bawa kereta."

"@_irfan_izzaffi: Ajal kau tiba awal sebab kau lakukan benda yang tak patut dilakukan oleh kau sendiri wahai manusia akhir zaman."

"@itsmeaisyyahhhh_: Hello puliss ada orang ni kan bawak kereta tapi takda lesen."

"@dek_harithhhzz: Ehh Mia umur berapa dah boleh bawa kereta nanti kena saman kangg tak jadi apa."

"@saifulnorizan94: Nasihat dari saya jangan try bawak apa kenderaan selagi tak ada lesen. Biar jpj yang ajar bawak kereta."

"@umifarah: Bahaya. seriously saya tak support your father bagi Mia bawa kereta walaupun saja nak try. Kalau nak ajar anak pun, biarlah Mia lebih dewasa sikit at least 16 . Saya takut ramai kanak-kanak @ awal remaja tiru tingkah laku Mia. Try nak bawak kereta. Harap Mia fikirkan kesan daripada posting ini. Maafkan saya Mia seandainya teguran ini agak kasar."

Sumber Gempak

Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

PENYANYI Datuk Awie mengakui keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak tiga hari lalu sehingga  menyebabkan dia hadir bertongkat ke majlis Together-Gether Hantu Kak Limah di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurutnya lagi, penyakit misteri itu menyerang di bahagian kaki sehingga dia tidak dapat berjalan pada hari pertama dan kedua.

“Dua hari saya terlantar di rumah dan tidak dapat berjalan kerana ia menyerang dikedua-dua belah kaki.

“Alhamdulillah, selepas beriktiar keadaan saya bertambah baik semalam dan sudah boleh berjalan biarpun dengan menggunakan tongkat,” ujar Awie.

Dalam masa yang sama, Awie yang bakal terlibat dengan Baik Punya Konsert 4D di Singapura pada bulan Oktober ini memberitahu, dia turut berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.  

“Saya ada berjumpa doktor dan diberikan ubat, tapi keadaannya masih juga sama. Apa pun tidak mengapalah saya anggap ini sebagai ujian buat saya dan dan cuba cari iktiar untuk kembali pulih,” katanya.

Tambah Awie keadaan itu bukan pertama kali dialami, sebaliknya telah beberapa kali berlaku semenjak lebih 13 tahun dulu.

“Penyakit dan gangguan misteri ini sebenarnya dah lama saya alami, cuma ia ‘on and off’. Datang tak mengira waktu dan pada bila-bila masa sahaja pada siang atau malam.

“Nasib baiklah kali ini dia berlaku ketika saya tidak terikat dengan urusan kerja, jadi saya boleh tumpukan pada rawatan.

“Bukan saya sahaja yang mengalami gangguan itu, tetapi isteri juga boleh nampak kewujudan benda-benda tersebut sehingga dia tak berani nak duduk rumah sorang-sorang,” jelas Awie.

Ditanya adakah penyakit misteri itu disebabkan hasad dengki orang terhadap, Awie atau Ahmad  Azhar Othman, 50, enggan mengulas lanjut.

“Apa yang penting bagi saya adalah beriktiar sampai berjaya untuk buang gangguan dan sembuhkan penyakit ini.

“Makin zaman moden, makin kuno pemikiran sesetengah orang. Malah lebih teruk, iman mereka juga semakin  hilang. Tak tahu kenapa,” katanya.

Sumber SH

Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!

KUALA LUMPUR: Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila memilih kombinasi nama klasik dan moden iaitu Jebat Jayden Ahmad untuk putera sulung kesayangan mereka yang berusia genap tujuh hari.

Memberi bayangan singkatan Baby J buat anak mereka, rata-rata netizen membuat andaian tepat apabila meneka Jebat iaitu nama watak Sharnaaz menerusi drama rantaian Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

“Hai Assalamualaikum... Dengan lafaz Bismillah dan penuh kesyukuran... Berkat rahmat Allah yang Maha Kuasa..

“Dengan ini, saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad @jebatjayden,” kongsi Sharnaaz pada entri Instagram, beberapa jam lalu.

Sementara itu, Nabila yang juga kakak kepada pengacara popular Neelofa berkongsi klip video yang memaparkan detik indah proses kelahiran anak sulungnya itu menerusi Instastory.

“Sebuah video yang ditujukan khas pada kelahiran ‘raja kecilku’.

“Untuk video penuh, anda boleh klik pada link di bio profil adik saya @atishakhan ! Terima kasih adikku untuk video yang begitu berharga ini,” luah Nabila.

Rakan selebriti dan netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Sharnaaz dan Nabila.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.

Sumber BH

Pelakon Zaibo hidap kanser

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor sejak Isnin lalu kerana menghidap kanser esofagus atau Esophageal Cancer iaitu kerosakan akibat asid dalam perut.

Beliau yang masih menerima rawatan di hospital tersebut bagaimanapun akan dibenarkan pulang pada Sabtu ini sebelum perlu ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya pada 12 September depan untuk melakukan proses PET-CT Scan.

“Alhamdulillah keadaan saya baik-baik sahaja. Sebenarnya sebelum ini saya hanya ada penyakit darah tinggi dan kolesterol tetapi tidak sangka tiba-tiba disahkan menghidap kanser ini pada tahap empat.

“Menurut doktor, kanser yang menyerang bahagian pencernaan turut merebak ke bahagian lain seperti perut, paru-paru dan tulang rusuk kiri. Sebab itulah saya diminta merujuk ke HSB,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, keputusan rawatan seterusnya sama ada beliau perlu menjalani proses kemoterapi atau pembedahan hanya akan diketahui selepas proses PET-CT Scan tersebut selesai.

“Selepas menjalani PET-CT Scan nanti, saya perlu merujuk semula kepada pihak HSB kerana hanya di sini ada pakar kanser esofagus. Selepas itu, barulah mereka yang putuskan apa yang akan berlaku mengikut hasil keputusan tersebut,” katanya.

Beliau yang sudah dua tahun tidak berlakon berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Maybank Zainal Ariffin Abd. Hamid (151445182071) atau Siti Hawa (151445183664).

Sumber - K! ONLINE