Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!

Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!
Link Artikel/Video : Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!

Baca juga


Unik Betul Nama Anak Sharnaaz Ahmad Ni...Ramai Terkejut!

KUALA LUMPUR: Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila memilih kombinasi nama klasik dan moden iaitu Jebat Jayden Ahmad untuk putera sulung kesayangan mereka yang berusia genap tujuh hari.

Memberi bayangan singkatan Baby J buat anak mereka, rata-rata netizen membuat andaian tepat apabila meneka Jebat iaitu nama watak Sharnaaz menerusi drama rantaian Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

“Hai Assalamualaikum... Dengan lafaz Bismillah dan penuh kesyukuran... Berkat rahmat Allah yang Maha Kuasa..

“Dengan ini, saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad @jebatjayden,” kongsi Sharnaaz pada entri Instagram, beberapa jam lalu.

Sementara itu, Nabila yang juga kakak kepada pengacara popular Neelofa berkongsi klip video yang memaparkan detik indah proses kelahiran anak sulungnya itu menerusi Instastory.

“Sebuah video yang ditujukan khas pada kelahiran ‘raja kecilku’.

“Untuk video penuh, anda boleh klik pada link di bio profil adik saya @atishakhan ! Terima kasih adikku untuk video yang begitu berharga ini,” luah Nabila.

Rakan selebriti dan netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Sharnaaz dan Nabila.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.

Sumber BH