Tajuk : Adun DAP desak Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM, ini sebabnya!
Link Artikel/Video : Adun DAP desak Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM, ini sebabnya!
Adun DAP desak Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM, ini sebabnya!
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bahagian Petaling Jaya Utara itu, berkata pelantikan Maszlee bagi jawatan tertinggi universiti itu jelas mewujudkan konflik kepentingan.
Katanya, pelantikan itu juga adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan autonomi serta membebaskan universiti awam (UA) daripada campur tangan politik, khususnya membabitkan lantikan Naib Canselor serta timbalannya.
Sehubungan itu, katanya, persoalan sama ada peranan Maszlee bertaraf eksekutif atau bukan eksekutif tidak berbangkit kerana PH tidak boleh memungkiri manifesto atas perkara teknikal.
“Justeru, adalah amat tidak sesuai Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM, malah Setiausaha Politiknya, Mohd Nizam Morad juga sudah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Walaupun pelantikan Mohd Nizam tidak dimaklumkan kepada umum, kedua-dua pelantikan ini menimbulkan persoalan mengenai komitmen Kementerian Pendidikan terhadap kebebasan akademik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Kesatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM menerusi Facebook, mengucapkan tahniah atas pelantikan Maszlee sebagai presiden universiti itu bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lalu.
Ketika ini, Maszlee dan UIAM yang sudah dihubungi belum memberikan sebarang maklum balas berhubung pelantikan berkenaan.
Mengulas lanjut, Yi Wei berkata, pelantikan itu bertentangan dengan kenyataan Maszlee dalam temu bual bersama NSTP Jun lalu, yang berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya.
Yi Wei berkata, Maszlee turut berjanji tidak akan mengawal atau menentukan hala tuju universiti, selain memastikan mereka diberikan autonomi dan kebebasan dalam akademik.
“Kegagalan untuk meletak jawatan bererti beliau mengecewakan mahasiswa yang bergantung harap pada kita untuk mengembalikan kebebasan akademik.
“Kegagalan berbuat demikian juga adalah tamparan kepada aktivis mahasiswa yang disenarai hitam, diganggu atau ditahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“Kegagalan beliau meletak jawatan juga memberi gambaran kepada belia bahawa PH tidak berintegriti, sekali gus tidak boleh lagi menyalahkan mereka jika mahu menjauhkan diri daripada politik buat selamanya,” katanya.
Sumber BH