KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO

KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO
Link Artikel/Video : KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO

Baca juga


KJ nafi sertai PH, mahu rebut Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan yang beliau akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh terdekat.

Beliau membuat penafian itu menerusi status dalam akaun Twitter yang dirinya bukan saja akan terus kekal dalam UMNO, malah akan merebut jawatan presiden parti itu buat kali kedua menerusi pemilihan parti pada 2021.

Dalam akaun Twitternya, Khairy menulis: ‘Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?’

Status beliau itu sebagai menjawab laporan portal berita yang memetik kenyataan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard kononnya Khairy sedang mempersiapkan tempatnya di dalam PH.

Dalam satu entri Facebook (FB) miliknya semalam, Badrul Hisham mendakwa Khairy mula menyiapkan tempat untuk menyertai kerajaan.

“Cekap permainan Khairy Jamaluddin. ‘Provoke’ untuk dipecat sambil siapkan tempat ‘landing’ dalam parti kerajaan,” menurut entri FB Chegubard.

Sebelum ini, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, turut pernah didakwa akan keluar UMNO selepas tewas dalam pemilihan parti bagi merebut jawatan presiden.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tetap bertegas akan kekal bersama UMNO dan menyifatkan ketiadaannya dalam barisan kepemimpinan parti membolehkannya bersuara secara bebas mengkritik dasar dan aktiviti parti yang canggung dengan perkembangan politik hari ini.

Khairy bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan dua calon lain tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir Jun lalu.

Sumber BH