Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri
Link Artikel/Video : Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

Baca juga


Dua hari tak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

PENYANYI Datuk Awie mengakui keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak tiga hari lalu sehingga  menyebabkan dia hadir bertongkat ke majlis Together-Gether Hantu Kak Limah di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurutnya lagi, penyakit misteri itu menyerang di bahagian kaki sehingga dia tidak dapat berjalan pada hari pertama dan kedua.

“Dua hari saya terlantar di rumah dan tidak dapat berjalan kerana ia menyerang dikedua-dua belah kaki.

“Alhamdulillah, selepas beriktiar keadaan saya bertambah baik semalam dan sudah boleh berjalan biarpun dengan menggunakan tongkat,” ujar Awie.

Dalam masa yang sama, Awie yang bakal terlibat dengan Baik Punya Konsert 4D di Singapura pada bulan Oktober ini memberitahu, dia turut berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.  

“Saya ada berjumpa doktor dan diberikan ubat, tapi keadaannya masih juga sama. Apa pun tidak mengapalah saya anggap ini sebagai ujian buat saya dan dan cuba cari iktiar untuk kembali pulih,” katanya.

Tambah Awie keadaan itu bukan pertama kali dialami, sebaliknya telah beberapa kali berlaku semenjak lebih 13 tahun dulu.

“Penyakit dan gangguan misteri ini sebenarnya dah lama saya alami, cuma ia ‘on and off’. Datang tak mengira waktu dan pada bila-bila masa sahaja pada siang atau malam.

“Nasib baiklah kali ini dia berlaku ketika saya tidak terikat dengan urusan kerja, jadi saya boleh tumpukan pada rawatan.

“Bukan saya sahaja yang mengalami gangguan itu, tetapi isteri juga boleh nampak kewujudan benda-benda tersebut sehingga dia tak berani nak duduk rumah sorang-sorang,” jelas Awie.

Ditanya adakah penyakit misteri itu disebabkan hasad dengki orang terhadap, Awie atau Ahmad  Azhar Othman, 50, enggan mengulas lanjut.

“Apa yang penting bagi saya adalah beriktiar sampai berjaya untuk buang gangguan dan sembuhkan penyakit ini.

“Makin zaman moden, makin kuno pemikiran sesetengah orang. Malah lebih teruk, iman mereka juga semakin  hilang. Tak tahu kenapa,” katanya.

Sumber SH