Tajuk : 'Nampak tak ada beza PH, BN'
Link Artikel/Video : 'Nampak tak ada beza PH, BN'
'Nampak tak ada beza PH, BN'
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan adalah sesuatu yang tidak munasabah apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memegang jawatan sebagai presiden universiti.
Muhammad Khalil berkata, sewajarnya jawatan berkenaan diberikan kepada tokoh ilmuan lain yang boleh memberikan fokus kepada universiti berkenaan berbanding dengan seorang menteri.
Menurutnya, tradisi melantik orang politik dalam jawatan di sesebuah universiti itu seharusnya dipertimbangkan kepada melantik tokoh ilmuan lain.
“Tak munasabah Menteri Pendidikan pegang jawatan tersebut (presiden universiti), patut beri peluang kepada tokoh ilmuwan lain yang boleh beri lebih fokus.
“Pelantikan ini menggambarkan tiada beza antara kerajaan PH dan BN. Hanya salin kulit sahaja. Tetap meneruskan tradisi melantik orang politik,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya.
Sumber SH