Tajuk : Nampak mewah tapi hakikatnya...: Zara Zya dedah perkara mengejutkan!
Link Artikel/Video : Nampak mewah tapi hakikatnya...: Zara Zya dedah perkara mengejutkan!
Nampak mewah tapi hakikatnya...: Zara Zya dedah perkara mengejutkan!
KESAL apabila artis kerap dicop sombong, Zara Zya meluahkan perasaan terkilannya dengan sikap netizen.
Katanya, artis juga sama seperti manusia lain yang mempunyai hati dan perasaan.
"Sombong... perkataan yang sinonim keluar dari mulut netizen. Artis itu sombong, artis ini sombong.
"Apa yang boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan... perasaan sebagai seorang manusia.
"Manusiakan ada berbagai rasa. Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam2 tau tak," katanya menerusi satu perkongsian di Instagram (IG).
Katanya, netizen tidak seharusnya bersikap menghukum terhadap golongan selebriti.
"Selain badut, selebritilah manusia yang paling kuat dapat tekanan perasaan tahu. Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain.
"Bekerja keras nampak mewah tapi hakikatnya bukan senang. Jangan la judge kami semudah sebut abc. Semua manusia sama.
"Yang membezakan ialah hati kita sendiri. Kadang-kadang apa yang nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut org lain. Yang terbaik ialah “husnuzon”," katanya sambil disertai #tiadadendam.
Sumber SINAR