Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan??

Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan?? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan??, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan??
Link Artikel/Video : Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan??

Baca juga


Terkejut Tengok Hantaran dan Nilai Mas Kahwin Elvina, Tak Sangka Kan??


KUALA LUMPUR: Pelakon Elvina Mohamad selamat bergelar isteri kepada usahawan muda Datuk Mohd Haniff Borhan dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan di sini, pada Ahad.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, dan Haniff, 32 dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani kira-kira pukul 3.27 petang.

Pengantin perempuan menerima RM700 sebagai mas kahwin dan senaskhah Al-Quran sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas sembilan dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat pengantin dan rakan media.

Sementara itu, pelakon drama Shhh... I Love You dan selebriti permotoran itu malangsungkan upacara pertunangan terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan.

Pada majlis itu, pasangan pengantin memakai busana putih rekaan Inderaloka dan solekan oleh Sakinah.

Majlis resepsi pasangan yang bertemakan Fairytale akan diadakan pada 24 Mac ini di lokasi sama, di sini.

Sebelum itu, majlis berinai berlangsung pada malam 16 Mac lalu di A Park, Puchong, Selangor dengan bertemakan Bollywood.

Elvina dan Haniff berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mulai rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.

Sumber Mstar