Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm

Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm
Link Artikel/Video : Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm

Baca juga


Buka IG sebab nak stalk suami, tapi lain pulak jadinya.. hmmm


ISTERI kepada usahawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak menyangka laman sosial Instagram miliknya kini mempunyai sejuta pengikut.

Shahida mendedahkan sebab utama dia membuka Instagram adalah kerana ingin memantau aktiviti suaminya dan bukannya ingin mencari pengikut yang ramai.

"Terima kasih semua yang sudi 'follow' saya... dah satu juta pengikut rasa macam tak percaya sebab mula-mula buat Instagram ini nak 'stalk' @@aliffsyukriterlajaklaris je," tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff menerusi Instagramnya pula memberitahu dia sering memaksa isterinya itu untuk sentiasa mengemas kini profilnya dengan memuat naik gambar dan video.

Shahida membalas satu persatu komen diterimanya di Instagram.

Malah Aliff berkata, dia jumlah pengikut Shahida di Instagram telah menjadikannya seorang selebriti.

"Wow! Satu juta penyokong di Instagram isteri saya. @shahidadherbs tahniah... walaupun awak hanya buat untuk 'stalk' saya , jenuh paksa untuk kemas kini dengan memuat naik gambar dan video.

"Akhrinya awak ada satu juga pengikut... macam artis sangat," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut Shahida memberitahu sikap dan perwatakannya yang merendah diri membuatkan pengikut menyenanginya.

Bagi menghargai sokongan peminat, Shahida dilihat membalas satu persatu komen yang ditinggalkan pada postingnya berhubung Instagramnya kini mempunyai sejuta pengikut.

Sumber MSTAR